Wednesday, 2 January 2019

Kena saman di Singapore

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua.
Aku nk bercerita pengalaman aku dan kawan aku ketika kena saman kt kastam singapore.
29hb september 2018.Tarikh keramat ku rasa.Aku dan kawan aku bekerja di sebuah kilang di singapore bulan 10 2019 ni cukup 5 tahun inshAllah. Sebagai pemegang work permit(we r Malaysian) memang kami jaga elok2 tatasusila dan segala hal yg xboleh dilakukan kat singapore.Seperti mana semua tahu Singapore sgt ketat undang2 nya.
Alkisahnya kilang aku ada buat tournament bowling. Kebetulan kami dpt masuk final.So nk di jadikan cerita hari tersebut aku jatuh sakit. Aku datang juga gigihkan diri dan seperti yang dirancang dr awal kalau dapat ke final kami akan bawak masuk kereta ke Singapore. Kereta malaysian mestilah beli auto pass utk masuk kat Singapore. Kalau di malaysia kita panggil touch n go, ha gitu la kononye. Kereta yang aku pandu itu hari adalah kereta kawan aku. Memang kereta tu cukup semuanya. Ada roadtax dan insurans atas nama aku masa nak daftar autopass berapa tahun lepas i think sejak tahun 2016. Sebab kawan aku xada lesen. Memang xjadi salah. Sebab nya nama aku ada dalam insurans kereta tu juga.
Dan memang selama ni tiap kali masuk Singapore memang aku yg bawak kereta pergi dan balik. Sepanjang tempoh aku bekerja di Singapore xpernah kami melanggar undang2 sana lagi2 nk bawak kereta tampa lesen memang aku xkan benarkan kwn aku tu bawak.
Macam aku cakap tadi aku xsihat tu hari..
Dan for The1st time member aku yang bawak kereta tu time keluar singapore. Aku tawakal je sebab aku memang xlarat. Masa tu ada lg 2 org dalam kereta aku tu.Tapi dia singaporean.Singaporean walau ada lesen memang xboleh bawak kereta Malaysia.No choice.Lagi aku mmg xsihat nak bukak mata pon xlarat. Aku tidur je sepanjang perjalanan pulang. Tahu2 jela kan baik kastam JB kastam Singapore jammed tu perkara normal. Kawan aku (driver) berapa kali juga suruh aku bawak.Tp aku kata aku mmg xboleh.So perjalanan di teruskan sampai la kereta kami smp kat tempat cop pasport. Aku bangun utk standbye tayang muka dan angkat tangan. Macam biasa bukak tingkap sebab peg kastam akn panggil nama dan tengok muka kita. Tiba2 pas settle peg kastam singapore tu minx kwn aku punya lesen.Mata aku dari bukak kecil jadi segar bila peg tu tny soalan tu pada driver(kawan) aku. Nak tercabut jantung aku. Dan kantoi member aku xada lesen.
Kami kena masuk office.Disoal macam2.aku mula rasa bersalah pd member aku.Yelah sebab aku yg suruh die drive masa tu. Kami berempat masuk office dan kwn aku di soal dalam bilik peg kastam. Aku pula sebagai owner auto pass dan insurans atas nama aku dipanggil utk check dan geledah kereta. Kereta memang clean & clear . Aku bagi alasan aku sakit. Teruk gak kena marah(nasihat) tu time. Last2 aku just mengaku kesalahan kami. Dia gini taw bila dah tahu salah korg xpayah la bg alasan bukan2 bagai just mengaku salah. Ni tips k. Lgpon dah memang salah kan. Tp kalau korg rasa korg xsalah xyah la mengaku. Tp dalam kes aku apa pon kami tetap salah. Jangan banyak bunyik dan mengaku je. Dari pukul 4ptg kalau xsilap sampai la pukul 8malam kami kat office kastam singapore. Siap bercakap dgn IO bahagian polis trafik singapore. Dan utusan terakhir dia cakap tunggu surat saman smp kat kilang kami. Bersyukur sangat yelah dari masuk bilik besi 1 malam. Kwn aku kata normally memang masuk bilik besi. Myb sebab kami xpernah ade rekod jenayah rasa nya. Syukur kami xkena tu time. Benda nak jadi kan??wonderful life
So menunggu la kami selama sebulan setengah surat saman yang xdatang2. Kami kumpul duit mcm nak mati kot. Kami cuba kumpul maklumat. Peg kastam pon X tahu berapa anggaran saman kami. Puas bertanya. Masa tu memang hidup kami ade kelam kelibot. Kwn aku(driver) selepas kejadian tu setiap kali nak p koje kena tahan kat kastam singapore. Kami tny kat peg kastam mereka kata tny polis trafik. Tny kat IO IO tu pon kata xtaw.Bayang kan la avery day nak p koje kami bangun awal sekitar pukul 2.30pm. Dengan tenaga tidur ntah berapa jam kami gagahi kudrat kerja juga spt biasa. Sebab takut jammed dan mengelak dari lambat datang kerja sbb kwn aku kalau kena tahan kat office paling cepat beliau boleh keluar pon dalam setengah jam paling lambat dia pernah kena tahan ada la dalam 1jam 15minit.Dan kalau tu time hari ahad. Ko bayangkan berapa lama kawan aku kena tahan dalam tu. Aku jadi penunggu setia..gila ke xnak tunggu dah la aku punca segalanya. Aku rela kalau pasport aku yang kena tahan dari kwn aku,sebab aku yg bersalah kot.
1 hari tu kami dapat call dari polis trafik singapore. Mase tu pertengahan bulan 11.Lama x? IO bagi alasan xdapat carik kami dan surat xsampai.walau kami xpuas hati tapi kami diam je xleh melawan. Sebab nya kwn2 kami semua cakap paling lama dalam seminggu ke 2 minggu dan jarang surat saman smp lebih dari sebulan. Ada kemungkinan kami xkena saman. Tp tu cuma ilusi bila dpt call dari balai polis Sg. Dan call tu utk suruh Kami  datang ke balai polis singapore. Berderau darah. Rupanya dia suruh sign aggrement mengatakan yang kami sedia maklum tarikh naik courts pada 26hb dec 2018. So andai kata kami xnaik mahkamah 26hb tu pihak polis trafik xboleh disalahkan sebab kami dah sedia maklum dan tindakan undang2 akan dikenakan ke atas kami. Pandai kan mereka.

Masa tu kami tanya juga berapa anggaran saman.IO cuma ckp dia xtaw tp biasa nye xsampai 2k$.
Dan u know what? Aku pon kena saman gak..korg nak taw x aku dan kawan aku kena berapa saman?kami sama2 kena 2 saman. 1 saman bawak kereta xada lesen dan saman ke 2 is kereta xada insurans(xde lesen an so xde insurans) la. Dan ak pulak saman pertama is membenarkan kawan aku bawak kereta xada lesen dan saman ke 2 is kereta xada insurans.Best kan? So total saman kami is 4 saman,tiap sorg kena 2 saman. 

Mata berpinau sat mikior mana nk carik duit dan berapa la kena bayar. IO cuma cakap biasa nya xsmp 2k dolar so standbye dalam 4k dolar. Dan terpulang pada hakim nak charge kami berapa,dan  saman xakan boleh diskaun pd malaysian. Cuma yang boleh adalah rayuan utk postpone tarikh naik mahkamah berikut nya(kalau xcukup duit) Itu pon kalau rayuan diterima kalau x memang kami masuk jailed.
Pening carik duit dan xnk masuk penjara. ialah kang kalau ade rekod masuk jailed memang payahla org KAMI nak renew W.permit.macam2 bnd pikior.
Kami memang xberitahu family lebih2 lagi mak aku sebab takut dia terperanjat dan risau. Baik2 xada heart attack kang ada plak .Pikiran aku jauh menerawang.
Kami beritahu kwn2 terdekat dan family yang tertentu shj. Alhamdulillah family & kwn2 byk bantu dr segi kewangan dan juga mental.
Ramai gak bg cadangan dan idea utk selesaikan masalah kami.  Pada awal nya diberitahu utk standbye wang sebanyak 4k singapore dolar. Mana la ada simpanan sebanyak tu. Jenis aku memang dari tahun 2012 start kerja di Singapore aku akan keluarkan semua wang dan akan tukar pd ringgit. Simpanan ringgit tu ada la sikit tapi kalau nak simpan duit dolar tu mmg payah la.
Ada ramai juga yang bg idea suruh kami berhenti kerja kat Sg. Alasannya xvalid dan berbaloi kalau kena saman dan masuk jailed pastu kena buang kerja. Kita semua tahu M.O.M susah sikit nak terima org yg ade rekod jenayah lg2 masuk jailed kat Sg walau kesalahan kami ni kira kecik je.huhuhu. Tapi kami dah xboleh masuk SG la smp bila2. Sebabnya kami di kira lari dari naik mahkamah.
Banyak benda yang aku pikir tu time. Aku syg sey kerja aku.Tempat kerja aku ni walau gaji nye biasa2 je. Tp ak sangat suka kerja kt sini. Bos aku baik dan kawan2 kerja semua nya baik2 berlaka.Tp ada betul nye juga kata mereka kalau aku kena masuk penjara sebab xdapat bayar saman tu konpem2 la aku menyesal. Rasa masa depan gelap sekejap.
Ada juga yang suruh ak discuss dgn bos aku. Atau mayb tanya bahagian HR apa perlu aku buat kalau dah kena cenggini.
Banyak yang nasihat kami.
Dan ada juga yang suruh tanya kat bahagian duta malaysia kat Sg(High commission of Malaysia).
Aku fikir sewarasnya aku minx petunjuk dalam solat dan doa. Hati aku betol2 kuat kata aku xboleh lari. Apa pun jadi aku kena hadapi masalah ni. Usaha doa dan baru tawakal. Kalau tu time xcukup duit pikiran ku myb Allah nak bg nikmat masuk penjara kot. Why not kan kita rasa. No choice redha je la . Aku kena yakin dgn ketentuan tuhan. Kalau itu yang terbaik. Guru aku selalu cakap yang kalau Allah beri izin sesuatu benda terjadi itu adalah terbaik utk kita walau kita rasa sengsara tapi percaya la ada hikmah yang baik2 bakal menjelma. InshAllah amin.
Nak tahu x cara kami tambah jana duit?
Kebetulan kami memang buat partime jual barangan martial art. Tu time kami lelong barangan dan senjata silat kami. Masa tu kalau ada yang perasan harga kami memang xmasuk akal.
kami simpan duit gaji dolar kami hampir semua. Kami struggle ikat perut . Bukak booth sana sini. Xpernah2 jual tshirt guna dolar kami jual tshirt fighter guna dolar. Huhuhu. Dan jualan lelong kami tu hasil nya itu lah kami buat utk perbelanjaan makan minum. Tq kpd yg sudi support bisnes jualan kami. Semoga urusan jualbeli ini diberkati.
Paling kami terharu bila persatuan silat kami buat kutipan berupa wang sumbangan utk kami. Disebarkan dalam group utk sesiapa yang ingin beri sedikit sumbangan kpd hamba Allah yg sedang dilanda musibah.  4k dolar convert to ringgit malaysia dalam 12 ribu ringgit Malaysia. ALLAHU. Allah je tahu perasaan kami masa tu. Kami xnk susahkan sesiapa. Sebab kami tahu setiap manusia punya masalah mereka sdr. Memang kami xharapkan lebih dr kwn2 silat. Tp syukur ada juga hamba Allah yg beri sumbangan pada kami. Itu buat tambah2 utk belanja kami g kerja.
Makin hari makin dekat dengan tarikh 26hb Dec kwn aku dah xpunya semangat nak kerja. Sebab jelak hari2 kena tiow je dgn peg. Kastam Singapore. Ialah kami pon paham kami dah susahkan peg kastam tu utk bawak dia ke dlm office kena tunggu smp ICA smp. Aku dan kwn2 kerja yang lain bagi dia semangat utk terus jalani hidup cam biasa utk terus kerja. Sebab kalau xkerja cemne nak tambah duit bayar saman.
Kawan kerja yg hny berapa2 ketul shj yg taw dah standbye plan A dan B. Andai kata kalau kami xlepas tu time (time bicara)mereka akan ikat jamin kami.
Ada juga yang suruh minx tlg kat presiden singapore,siries r??Mane maw nye la melayan kami oit. Tapi siries aku memang ada Dm beliau kat insta. Tapi xdilayan. Ialah kalau semua org ada masalah je Dm dia pehh haru jadinya. Hahha kelakar kan. Tp itu pon usaha juga. Aku masa tu mana2 idea kalau aku rasa boleh ikut aku follow je. Otak buntu.
Banyak persoalan yg xterjawap yang buat kami bingung. Pertama kalau rayuan kami diterima oleh hakim utk postpone tarikh naik mahkamah (ni cerita kalau duit yang kami bawak xcukup) so kami kena buat rayuan. IO cuma cakap kami kena ada wakil org singapore. Wakil kami adalah kawan2 kami. Tapi kami xtahu kami boleh masuk malaysia or x? Biasa postpone dalam 2minggu cemtu la. Xada siapa leh jawap pertanyaan kami. Semua ckp tunggu dibicarakan. Tengok hakim kata apa nanti?.
Persoalan ke 2. Kalau xdapat bayar saman tu(rayuan di tolak utk postpone ke next bicara) berapa lama kena masuk penjara?.Jenuh juga carik kat internet. Erm mana ada nya. Kalau ada pon kurang tepat dan tu undeng2 ntah zaman bila da. Ada yang tulis 7 bulan, ada yang tulis 2tahun. IO sdr kata 3hari dan xboleh konpemkan or dia xboleh beritahu kot.erm myb.
U see? Betapa confidential maklumat tentang undang2 mereka. Xbanyak maklumat yang kami dapat. Yang kami taw adalah standbye dalam 4k dolar tu je.
Dan hari demi hari berlalu masa di nanti sudah hampir tiba duit memang xcukup aku xpikir org lain. Aku pikirkan mak aku je tu time. Mak maafkan anak mu. Kalau andai kata aku tiada tiba2. ALLAHU. Punah berkecai perasaan mak aku. Tu time sebab aku pikirkan mak aku. Aku beranikan diri utk wassep seorang hamba Allah ni. Aku yakin dia boleh tlg aku. Kami xdela mesra sgt tp aku tersangat yakin dia boleh beri aku pinjam duit. Naluri aku kata dia boleh tlg aku. Lgpon dia kaya.Dan aku tahu dia syg kami.Aku beranikan diri dan alhamdulillah dapat dgn perjanjian aku kena bayar langsam. Apa shj syarat aku terpaksa la kata boleh. Walau kena ikat perot balik. Masa tu kena la tahan taik telinga ni dia bebel xsudah. Cemne leh berlaku la?knp degil sgt la? Aku rasa siapa yang kenal aku musti tahu aku ni jenis suka ikut undang2. Dan benda nk berlaku kdg2 di luar kemampuan aku sbg hamba biasa utk menghalang benda ni dari berlaku.kan? Tp aku xjawab gitu la kang xdpt plak pinjam duit.
Tapi aku xpinjam banyak pon.Takut pon ada. Takut susahkan org lebih sgt.
Masa tu duit yang kami kumpul total semua baru ada 3200dolar shj. Kurang lagi 800 dolar.
Tapi utk tidak buat semua risau terutama nya guru aku.kami cakap duit kami dah cukup. Padahal nye xcukup.tapi dah memang xada usaha lain yang mampu kami buat lagi.
Last skali tawakal. Kalau ini shj yang Allah bg izin. Dalam hati memang lelah sgt tapi kuatkan juga. Apa terjadi tetap gagahi.
Dan masa di tunggu sampai.
1hari sebelum tarikh bicara aku salam mak aku. Aku minx dia doakan kami. Halalkan makan minum dan redhai perjalanan kami. Mak aku pelik gak lama je aku salam dan peluk cium beliau tu time. Dia cuma jawab. Solat awk tu yang penting. Doa diri sdr tu lg makbul. Mak boleh doakan. Tp awak tu kena doa juga. Pastu aku nangis tp bukan depan mak la.aku xsanggup cakap apa2. Xsanggup nak bilang derita kami dan hal yang bakal kami lalui esok.
Tapi jiwa tenang sikit bila dah peluk cium mak. Ketenangan tu pemangkin semangat kami.
25hb dec Kami tidur rumah kwn di Singapore. Kami plan cantik2. Pukul 8 dah kena standbye sana. Bicara pukul 9pg. Takut smp lambat so kami tidur rumah kwn di singapore.
Smp kat mahkamah jantung xhenti2 degup kencang. Kami ditemani 4 org sahabat. Dalam hati zikir non stop. Tibe pukul 8.45a.m cemtu la dah ada org panggil nama pesalah2 yang akn dibicara pagi tu. Kami di beri arahan Utk beratur dan masuk dalam. Nama aku selang 3 nama selepas nama kwn aku. Suasana kat dlm mcm hareeeeyy weyy..Aku membayang kan yg bukan2 sudah. Ada yang ckp konpem masuk penjara diorg xkn bg lepas ,sebagai pengajaran katanya. Tp ak rileks lg buat2 xdengar member sebelah berbual. Aku lagi fikir Apa la yang aku nak jawab depan hakim nanti ek, dah la speaking ke laut. Tapi guys rupanya dewan mahkamah tu utk singaporian,Pr dan foreigner(yang melakukan kesalaham lalu lintas) ada juga beberapa ketul org malaysia tu time.tp semua lelaki kami berdua je perempuan. Yang lain tua sikit tu pun kes accident. Dan baru aku taw yang boleh rupanya lantik peguam utk wakilkan kes kita. Cheh byk duit boleh la or myb kes dia berat kot. Dan siapa yang pasang peguam lebih dulu proses nye er.Datang lambat balik nye cepat.
Dan korg nak taw x??kat dalam tu korg jgn takut psl speaking ke or dialog2 utk bercakap dgn hakim. Sebab nya akan ada translator. Bagus kan? Translator cina,india dan melayu. Dia akan esplen sorg2 beb. Panggil nama dan pergi dekat kita dan terangkan pd kita. Kesalahan kita dan berapa anggaran saman dan akibat yang kita kena kalau xdpt bayar saman.
Utk singaporian kena bayar saman paling lewat 3 hari dan utk foreigner mcm kami no excuse dan hny boleh minx rayuan postpone bicara itu shj.
Masa tengah kalut perhatikan org sana sini. Member aku masuk. Ohh baru ku tahu boleh bawak masuk org er藍. Dia datang tenangkan kami kat dalam. Tp jangan la korg bwk 1 van masuk dalam dewan mahkamah er.sebab nye kerusi yang disediakan xla byk mana. Kwn aku peratikan kami dari cermin pintu kat luar. Bila sebelah kami kosong je dia cepat masuk珞.
Dan turn nama aku kena panggil oleh translator melayu. Kakak tu sgt baik dan peramah. Dia akan esplen korg smp korg paham. Aku tanya berapa agak nye saman yang kami kena dia cakap kat aku minimum 2k maximum 3k dolar. Tapi xtahu lg berapa yang hakim charge utk uolss. Tu cuma anggaran normal kes. Sedangkan aku cuma ada 1600dolar shj total duit kami 3200 dolar shj. Memang xcukup kan?? Aku tanya lg pd kakak tu. Boleh x diskaun?saje cuba nasib sedap kan hati walhal jawapan nye dah lama aku ada. Memang xboleh tapi adik boleh cuba minx rayuan postpone bicara(utk cukup kan duit yg xcukup) . So adik nak minx rayuan ke? Aku cakap xnak minx rayuan. Gila tegar aku ek. Dia cakap kalau nk minx rayuan sebelum hakim sahkan berapa saman uols. Bermaksud aku kena buat keputusan waktu sebelum dihadap depan hakim. Kalau x memang rayuan xditerima. Pikir jap,renung sat. Dan jawapan is aku xmahu rayuan. Aku xtaw knp aku nekad sgt. Kwn aku tny aku mcm mne ni?minx rayuan x?aku ckp xnk. Jangan minx rayuan sebab aku xsanggup menunggu hari next bicara lg. Kita hadap ape pon terjadi yakin. ALLAH tu ada. Dalam nekad actually takut gak, cuma aku simpan takut tu dan cuba belagak cam aku xtakut dpn kwn aku tu. Sedar diri dah byk bersalah pd beliau so aku cuba buat lawak sebelah dia. Tapi member aku punya pucat, kalau aku toreh muka dia time tu.aku rasa xkeluar darah kot. sorry kwn aku gurau je.
Tiba masa nama kwn aku dipanggil ke depan. Alhamdulillah kwn aku lepas. Aku xpaham sgt apa yang hakim tu cakap. Dlm real atau x mcm saman dia di kurgkan. Syukur sgt. Dapat dengar die lepas dah ok dah. Andai kata nanti kalau duit dia xcukup dalam hati aku. Aku nak bg duit aku sikit kat dia. Asalkan dia xkena tangkap. Biar la aku yang kena pon sebab aku yang bersalah. Dan dia pon sama actually kami pernah gaduh sblm ni utk buat bnd yang sama pd diri msg2. Dia xnak aku kena tangkap dan aku pon xnak dia kena tangkap.
Dan alhamdulillah time aku kedepan mengadap duli yg maha mulia hakim singapore. Langkah kanan g depan. Hakim sebut nama aku dan aku just angguk je. Dan kesalahan aku di utarakan oleh ntah siapa ntah. Myb polis trafik kot. Translator aku bisik kat aku kawan aku tu kena xsampai 2k so sy rasa awk pon masa. Aku cuma senyum dan ucap alhamdulillah kak.Pastu hakim cakap saman aku dikenakan 600dolar satu kesalahan dan total 2 saman adalah 1600dolar & 12bulan lesen di gantung dari bawak kenderaan , atau jika xdapat bayar saman 6 hari penjara (dia speaking la,cuma aku translate bahasa melayu) . Dan translator aku pon esplen balik kat aku bahasa melayu. Dia ckp lg hakim tanya ada nk buat rayuan or nak cakap apa2 x??aku jawab xnk rayuan kak dan xada apa nk cakap. Masa tu nasib aku masih depan hakim kalau x aku peluk kakak tu dan kwn2 aku yang kat luar tu. Tq hakim i love u(cakap dalam hati je). Tq kakak translator dtg jb i belAnja u mkn(pon ckp dlm hati gak). Abes tu polis iring aku masuk satu bilik. Dan kwn aku pon ade kat situ. Kami cuma senyum2 kambing. Rasa kalau boleh sujud syukur, kat situ gak aku sujud. Agak nye terlampau kelam kabut duit kami lupa nak minx pada kawan kami kat luar . Naseb polis tu dah suruh kawan aku p bayar kat machine kiosk dah. Xlama pastu settle dan kami dibenarkan keluar. Dia bg resit dan kami sign. Syukur alhamdulillah. Mcm keajaiban sey Mana x nye translator tu cakap minx 2k max 3k wey duit mmg xcukup kot. Syukur sbb doa semua dimakbulkan saman kami terleboh kurang bg kami. Tapi kwn aku masih kena tahan kt Sg kastam time g kerja. Jawapan sama xsure dan samar2 mula2 kata nya pas bayar saman dah clear nama dan xkena tahan lagi. Bila puas tanya polis dan polis suruh tanya kastam dan kastam suruh tanya polis semula, baru kastam kata kwn aku kena ada lesen dulu.Tunjuk pada peg kastam lesen kereta baru xkena tahan lagi. Apa pon aku tahu kwn aku tu kuat org nya, myb ni hikmah utk dia ambil lesen kot,hehehe Allah lebih maha mengetahui. Actually bila kami tny org2 malaysia yang sama2 dgn kami kat dewan bicara tu dia kena tahan juga ke sangkut kat kastam sg? Dia kata dia x kena tahan pon. Tp die kata kwn dia pernah kena saman gak dan kena tahan. so bermaksud agaknya random. Maksud nya ada yang kena saman dan kena tahan kt sg kastam tiap kali masuk Sg dan ada yang xkena. Myb depends pada nasib. Kot la .
akhir ucapan.
Tq semua yang terlibat scr langsung or xlangsung dan minx maaf sgt pada semua.  Sebab aku tahu ada hati terluka dengan perangai aku. Maaf sebab aku xbg sebarkan hal ni pd org lain. Dan hny org2 tertentu shj. Sebab stress yang amat dan kalau boleh dan seboleh nya aku xnk susahkan org lain. Bayangkan dalam 1 masa ade beberapa org wassep aku tny hal yang sama. Aku spt hilang akal dan xtaw cara nak esplen. Sorry sgt uolss. Sorry kalau terkasar bahasa. Seboleh nye aku cuba jaga cara bercakap tp andai kata masih ada juga jiwa terluka maafin sgt sebab aku dalam demensi luar kawal oleh kesedihan,kemarahan dan kebingungan. X ada niat nk berlagak sombong. Korg xrasa apa yang kami pikul dan aku harap xdisalah ertikan. Otak buntu dan Allah lebih tahu siapa yg harus aku ketemu or myb cerita masalah aku pada org yg tepat.
Maaf juga sebab kadang hati xsekuat dan sekental org lain. Bila kita jatuh baru kita tahu siapa dengan kita. Ada yang tahu, dan ada yang kami kongsi cerita dan ada yang kami senyapkan. Yang mampu dan tahu cerita myb dari org lain tp biarkan kami sendirian tu kami xminx jasa kami di balas cukup sekadar ambil tahu dan kesah tentang kami serta doa tu dah memadai. Tq guys itu cukup bg kami kekuatan tntg masa dan siapa esok, kami dgn kalian .
Yang tahu,tapi kami tahu dia xmampu. Kami diam dan yakin kalian sts doakan kami tu lg berharga dari wang ringgit.
Yang xtahu menahu tentang masalah kami percaya la kami syg kan kalian(lebih2 lg family kami). Kami xmahu kalian risau atau myb jatuh sakit or anythg buruk berlaku kat kalian.
Dan berkat doa semua yang siang malam doakan moga saman kami dikurangkan syukur Allah beri izin.
#Banyak benda yang aku belajar dalam dugaan kali ni yang betol2 bukak mata dan minda aku.
#Bertapa agungnya kuasa mu ya Allah.
Bertapa hebat nye percaturan mu ya Allah.
#Mengadu dalam solat dan doa. Ni part plg  aku rasa terang jalan. Sebab sebelum ni xadalah solat penuh sgt dan dlm doa tu jarang aku nk mengadu sebab aku rasa Allah lbh maha mengetahui. Aku selalu meminta tapi aku xpernah mengadu. Tapi 1 hari tu aku mengadu apa yang aku rasa A - Z dan aku xnk apa2 cukup beri aku kekuatan hati utk aku tempuh apa shj berlaku pd tarikh bicara tu. Alhamdulillah makin diterangkan jalan dan cara. Try la mengadu. Ala mcm korg mengadu dgn kekasih korg tu.mengadu masalah kt kengkawan ke. Rasa dia lain sgt.
#Bicara soal jatuh bangun siapa dgn kami tu xpenting. Sebab aku tahu setiap org ada masalah dan takdir tersendiri. Mungkin dia bukan ditakdirkan utk dengan kami dlm jatuh kami. Mungkin dia bukan org yang tepat utk kami. Bg aku tiada isu sangat pon. Cuma nya siapa yang sudi ikhlas nya tlg kami tampa di *minta* mahupon di minta atau yg sering menjadi pendengar oleh kami dgn sendiri nya atas kemampuan kalian sekecil2 hingga sebesar wang kalian hanya Allah mampu membalas. Moga2 sedekah kalian & pinjaman wang itu menjadi asbab utk korg ke syurga nanti.  ALLAH KU MUHON MASUKKAN MEREKA DI SYURGA MU. Amin ya raabbillamin.
#Doa itu senjata kita. Teruskan doa dan yakin.
#hidup ini adalah perjuangan. Mula nya aku nk berserah tampa berusaha. Tp rupanya tawakal tu selepas berusaha. Usaha la sehabis daya doa pastu baru tawakal.
#Nikmat dugaan kau akan rasa bila kau redha.
#Jangan lari dari masalah.
#The power of sedekah. Lagi banyak ko xada duit lagi banyak la sedekah..walau hny senyuman.
#Pandai2 la carik maklumat. Dapat no fon IO jangan segan2 call beliau tanya dan minx nasihat. Myb masa kami tu kurang dapat maklumat or myb kami yang xpnd carik kat internet kot,ntahla ek. Ringan kan mulut tu lg penting.back to basic,Guna cara manual.
# Dan byk gak kami nampak peluang niaga. Dalam terpaksa gigih kan diri niaga carik duit. Off day je bukak booth jualan. Ada 1 hari tu jualan kami xhabis. So petang tu aku dan kengkawan niaga plan nk pergi taman permainan besar kt jb. Nak tau x baru 5 minit bukak kedai hujan turun tampa bg signal,Basah kuyup sey. Naseb sempat jual 3botol air minuman. syukur sempat gak jualan. Basah kuyup tu memory terindah beb.sebab jarang dapat pengalaman basah kuyup bila niaga. Dan Rupanya baru nampak sebenar nya byk peluang dan cara niaga yang sebelum ni kami xpernah cuba dan ambil tahu. Betul kata Dato' Azizan Osman kalau xada masalah xkan la Tan sri Tony fernandes beli air asia dulu? Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandang masalah sebagai peluang dan pemangkin semangat.
# Dan inshAllah aku akan belajar simpan dolar. Tu penting tu. Sangat2 penting . Sebab nya kau sekadar ada simpanan ringgit if anything happen cenggini yg memerlukan dolar pehh mana nk carik beb?? Dah kelam kabut macam aku kena carik ringgit 12k utk convert to dolar. Allah je tahu perasaan kami. Alhamdulillah kami pon xsangka kami dapat kumpul sekitar 9k ringgit malaysia dalam masa 1bulan setengah. Dan kalau disuruh kumpul kembali tu rasa nya aku pon xtahu macam mana nak buat duit segitu banyak dalam masa yang singkat. Alhamdulillah dengan izin Allah.
#Lastly nasihat aku jangan carik masalah dan jangan lari dari masalah. Berani buat berani tanggung. InshAllah akan ada jalan yang Allah rencanakan utk kita.
#Habis settle kes mahkamah aku gtaw juga kat family dan kwn2 terdekat. Cuma mak aku je aku belum beritahu. Erm bukan apa nanti la tunggu masa sesuai, Takut aku nangis je.
#Tq Allah beri kami dugaan ni
#Tq family sebab selalu doakan yang baik2.
#Tq kwn2 yang kami dah anggap mcm family sdr dan sudi menganggap kami spt family juga. Maaf jika kami xsempurna dan kalian selalu menyempurnakan kami.
#Tq Guru2 silat dan kawan2 silat yang banyak membantu kami. Selalu beri bimbingan dan dorongan.
#Tq Allah beri pinjam mereka semua kpd kami. Sesungguh nya kami sgt beruntung ada kalian semua.